Aksi balas dendam akan dihadirkan oleh Liam Neeson pada filem terbarunya, ‘Cold Pursuit’.
Seperti aksi-aksi balas dendam dalam siri ‘Taken’, Liam Neeson berupaya untuk mencari pelaku siapa pembunuh anaknya dengan seorang diri.
Berbekal kemampuan bela diri yang hebat, dia akan menerobos segala rintangan yang ada.
Cold Pursuit adalah sebuah thriller aksi yang diresapi dengan humor yang di luar jangkaan.
Liam Neeson akan berperanan sebagai Nels Coxman, seorang lelaki berkeluarga yang kehidupannya tenang bersama isterinya (Laura Dern) ditaklukkan setelah kematian anak lelaki mereka.
Adegan gaya bahasa homoseksual
Selain dari kisah pembunuhan, penulis agak terkejut dengan salah satu babak dalam filem itu, karakter beberapa orang penjenayah yang dilakonkan adalah seorang lelaki homoseksual.
Walaupun tidak mempunyai adegan intim atau seks sesama jenis, ada beberapa babak mereka yang menunjukkan gaya bahasa homoseksual. Walaubagaimanapun babak ini tidak dipotong malah ternyata menghidupkan lagi perjalanan cerita dalam filem ini.
Filem ini merupakan remake dari filem Norwegia tahun 2014 yang berjudul In Order of Disappearance yang juga diarahkan oleh Moland.
Setiap adegan dalam filem ini buatkan ada tak kering gusi kerana ada saja unsur humor yang dilakukan secara bersahaja.
Kepada yang belum menonton filem ini lagi, suka untuk penuliskan maklumkan bahawa filem ini diakhiri dengan satu babak yang paling tragis dan sangat melucukan. Anda kena lah tonton sendiri!
Film ini sudah mula di tayangkan sejak semalam di pawagam pada 21 Februari 2019.